Hidup ini sering dihadapkan dengan perkara yang kita langsung tak diduga. Selalu berkait rapat dengan keluarga, kekawan, pekerjaan dan cinta. So hari ini saya nak borak pasal perkara yang tak diduga dalam bercinta yang kita harus mengambil iktibar. Ada sesetengah pasangan yang bercinta bagai nak rak tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Antara sebab musababnya adalah dugaan daripada keluarga. Diorang dah bercinta sakan dah ni tapi mak ayah tak suka pulak. Terpaksalah terima takdir yang diorang tak ada jodoh. Ada sesetengah pasangan tu dah siap nak bertunang dah ni, persiapan semua dah buat. Tup tup tak jadi sebab nya!!!Bakal tunang bercinta dengan kawan baik pulak. Tu lagi perkara yang tak diduga. Aishhh. Tak patut! Tak patut! Ada juga pasangan yang dah nikah tapi bercerai kerana perselisihan faham. Itu semua tidak pernah kita duga sama sekali. Bila sebut tentang cinta, pasti semua ingin yang terbaik untuk diri sendiri. Tapi ingat hidup tak sentiasa indah, akan ada perkara yang tak diduga terjadi untuk menguji dan menguatkan jati diri kita. Oleh itu sentiasalah berwaspada dalam menjalani kehidupan ini. Supaya kita tidak terluka di kemudian hari. Itu sahaja dari saya. Huhu. Babai. Assalam.
0 comments:
Post a Comment