KESINAMBUNGAN AKHIR JIKA JODOH

4 tahun kemudian..

"Assalamualaikum Aira."
"Waalaikumsalam ibu.Mengapa ibu telefon,ibu sakit ke atau ayah sakit?"
"Tak adalah ibu dengan ayah sihat je.Ni ibu telefon ni nak bagitahu Aira semalam ada orang masuk meminang , jadi ibu dan ayah setuju. Mingggu depan kamu bertunang."
"Hah yeke ibu tapi kenapa cepat sangat. Aira muda lagi ibu , belajar pun tak habis lagi"
"Memang Aira. Tapi ibu dan ayah buat semua ni untuk kebaikan Aira . Jadi minggu depan Aira balik ye bertunang."
"Yelah ibu.Kalau ibu dengan ayah dah setuju,Aira setujulah.Minggu depan Aira balik.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam,Aira."

Aira masih berfikir seiapa yang merisik dirinya.Adakah Azam?Ah tak mungkinlah dia.Sungguh aku confused sekarang ini.Mungkin benar ini adalah jodoh aku yang sebenar dan tiba masanya aku untuk melupakan Azam.'Ya Allah bantulah hambumu ini melupakan seorang insan yang bernama Azam dalam hidupku.Amin.'
#####
Kini aku.Nur Aira telah sah menjadi tunangan orang.Majlis pertunangan aku dibuat secara bersederhana saja malah dihadiri oleh sanak saudara saja.

"Hai jauh termenung,Aira.Teringat dekat saya ke?"
"Eh,Akim.Tak adalah.Mana ada Aira termenung cuma Aira masih tak percaya yang Aira dah jadi tunang Akim."
Akim ketawa kecil laluberkata "Akim pun tak sangka akhirnya puteri idaman Akim dah jadi tunang Akim.".Aku dan Akim berbalas pandangan sambil tersenyum.Tapi mengapa aku teringatkan Azam?.
#####
Esok aku bakal diijabkabulkan dengan Akim.Tapi kenapa aku tidak terasa teruja dengan perkahwinan ini.Mungkin aku belum bersedia untuk berkahwin.Bayangan Azam sering menganggu aku.Seharusnya aku patut melupakan dia.Teringat perbualan antara aku dan Akim semasa kami keluar.

"Aira,kenapa Akim tengok Aira macam tak gembira dengan Akim?"
"Eh,mana ada Akim.Mungkin Aira letih dengan persiapan khawin kita.Tu yang nampak macam tak gembira je."
"Aira dah bersedia untuk jadi isteri Akim?"
"Aira dah bersedia.Akim pulak macam mana?"
"Akim dari dulu dah bersedia."

Tapi betul ke aku dah bersedia untuk jadi isteri dia.Ya Allah bantulah aku sesungguhnya aku keliru saat ini.Jika ini takdir aku maka tenangkanlah perasaan aku dan buangkanlah segala keraguan dalam hatiku.
#####
"aku terima nikahnya Nur Aira binti Bahar dengan mas khawinnya sebanyak seratus ringgit tunai."Dengan lancar akad nikah dilafazkan dan sah aku sekarang menjadi isteri orang.

Tibalah masa untuk majlis pembatalan air sembahyang.Suamiku masuk ke bilik yang ku huni untuk menyarungkan cincin ke jari ku.Tanganku seram sejuk disaat dia menyarungkan cincin ke jariku.Kemudian aku mayalam tangannya dan dia mencium dahiku.Sebaik ku mendongak untuk melihat wajahnya aku terkejut melihat gerangan yang menjadi suamiku.Bukan Muhammad Amirul Hakim tetapi Muhammad Khairul Azam.Namun aku gembira kerana akhirnya aku menjadi milik Azam,orang yang selalu ku ingat.Kini aku sedar yang aku telah jatuh cinta dengannya sejak aku mendengar dia mengaji suatu ketika dahulu.Aku hanya tersenyum memandangnya begitu juga dengannya.
#####
"Boleh tak abang explain satu-persatu dekat Aira,macam mana benda ni boleh berlaku.Aira masih tak faham dan confused."
"Okay abang akan terangkan semuanya.Sebenarnya abang dengan Akim tu saudara.Kitorang memang rapat.Sebelum abang berangkat ke Australia,abang beritahu Akim tentang perasaan Aira terhadap dia.Disebabkan itu abang tak pernah contact Aira selama abang belajar disana kerana abang menyayangi Aira lebih daripada kawan.Bila Akim menyuarakan hasrat untuk menyunting Aira menjadi isternya,abang sokong keputusannya walaupun abang terpaksa memendam rasa."
"Tapi macam mana Akim tahu tentang perasaan kita berdua?"
"Akim dapat tahu bila Aira tercicir gambar abang yang tertulis di belakangnya 'I LOVE YOU' dalam kereta Akim.Akim jumpa abang dan menanyakan perasaan abang terhadap Aira.Bila Akim dah tahu yang kita saling mencintai,dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menggantikan dirinya dengan abang."
"Aira harap Akim dapat jodoh yang lebih baik daripada Aira.Abang,Aira berterima kasih sangat kerana abang mencintai Aira."
"Sama-sama sayang.Abang bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah menganugerahkan sayang dalam hidup abang.Semoga hubungan kita kekal ke anak cucu."

Benarlah kata orang jika ada jodoh larilah sejauh mana,halanglah sekuat mana,pasti akhirnya akan bertemu dan bersama jua.

p/s:Akhirnya siap juga cerpen ini....:)

0 comments:

Post a Comment


up