Hai semua saya baru mulakan semester baru. Kini saya dah jadi senior sebab saya dah belajar untuk semester ke dua...YEAH.....Gembira sebab masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tanpa ada pelajaran yang perlu diulang. Pointer saya tak lah bagus tapi masih dalam keadaan selamat Harap semester ini saya akan dapat pointer yang lebih tnggi dari semester pertama. Semester ini juga bermula dengan tanggungjawab yang besar untuk saya pikul. Walaupun saya seorang yang lemah dan tak cukup fitness tapi saya tetap mahu memikul tanggungjawab tersebut sebab saya minat sangat dengan tugas tersebut. Saya harap saya dapat berubah dan berjaya dalam melaksanakan tugas tersebut Tapi jangan ingat tugas tersebut adalah tugas sebagai seorang isteri pulak haha. HOPE my life will be better after this...
Hai semua saya baru mulakan semester baru. Kini saya dah jadi senior sebab saya dah belajar untuk semester ke dua...YEAH.....Gembira sebab masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tanpa ada pelajaran yang perlu diulang. Pointer saya tak lah bagus tapi masih dalam keadaan selamat Harap semester ini saya akan dapat pointer yang lebih tnggi dari semester pertama. Semester ini juga bermula dengan tanggungjawab yang besar untuk saya pikul. Walaupun saya seorang yang lemah dan tak cukup fitness tapi saya tetap mahu memikul tanggungjawab tersebut sebab saya minat sangat dengan tugas tersebut. Saya harap saya dapat berubah dan berjaya dalam melaksanakan tugas tersebut Tapi jangan ingat tugas tersebut adalah tugas sebagai seorang isteri pulak haha. HOPE my life will be better after this...
terbaik untuk mat luthfi......i love it
"Assalamualaikum Aira."
"Waalaikumsalam ibu.Mengapa ibu telefon,ibu sakit ke atau ayah sakit?"
"Tak adalah ibu dengan ayah sihat je.Ni ibu telefon ni nak bagitahu Aira semalam ada orang masuk meminang , jadi ibu dan ayah setuju. Mingggu depan kamu bertunang."
"Hah yeke ibu tapi kenapa cepat sangat. Aira muda lagi ibu , belajar pun tak habis lagi"
"Memang Aira. Tapi ibu dan ayah buat semua ni untuk kebaikan Aira . Jadi minggu depan Aira balik ye bertunang."
"Yelah ibu.Kalau ibu dengan ayah dah setuju,Aira setujulah.Minggu depan Aira balik.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam,Aira."
Aira masih berfikir seiapa yang merisik dirinya.Adakah Azam?Ah tak mungkinlah dia.Sungguh aku confused sekarang ini.Mungkin benar ini adalah jodoh aku yang sebenar dan tiba masanya aku untuk melupakan Azam.'Ya Allah bantulah hambumu ini melupakan seorang insan yang bernama Azam dalam hidupku.Amin.'
#####
Kini aku.Nur Aira telah sah menjadi tunangan orang.Majlis pertunangan aku dibuat secara bersederhana saja malah dihadiri oleh sanak saudara saja.
"Hai jauh termenung,Aira.Teringat dekat saya ke?"
"Eh,Akim.Tak adalah.Mana ada Aira termenung cuma Aira masih tak percaya yang Aira dah jadi tunang Akim."
Akim ketawa kecil laluberkata "Akim pun tak sangka akhirnya puteri idaman Akim dah jadi tunang Akim.".Aku dan Akim berbalas pandangan sambil tersenyum.Tapi mengapa aku teringatkan Azam?.
#####
Esok aku bakal diijabkabulkan dengan Akim.Tapi kenapa aku tidak terasa teruja dengan perkahwinan ini.Mungkin aku belum bersedia untuk berkahwin.Bayangan Azam sering menganggu aku.Seharusnya aku patut melupakan dia.Teringat perbualan antara aku dan Akim semasa kami keluar.
"Aira,kenapa Akim tengok Aira macam tak gembira dengan Akim?"
"Eh,mana ada Akim.Mungkin Aira letih dengan persiapan khawin kita.Tu yang nampak macam tak gembira je."
"Aira dah bersedia untuk jadi isteri Akim?"
"Aira dah bersedia.Akim pulak macam mana?"
"Akim dari dulu dah bersedia."
Tapi betul ke aku dah bersedia untuk jadi isteri dia.Ya Allah bantulah aku sesungguhnya aku keliru saat ini.Jika ini takdir aku maka tenangkanlah perasaan aku dan buangkanlah segala keraguan dalam hatiku.
#####
"aku terima nikahnya Nur Aira binti Bahar dengan mas khawinnya sebanyak seratus ringgit tunai."Dengan lancar akad nikah dilafazkan dan sah aku sekarang menjadi isteri orang.
Tibalah masa untuk majlis pembatalan air sembahyang.Suamiku masuk ke bilik yang ku huni untuk menyarungkan cincin ke jari ku.Tanganku seram sejuk disaat dia menyarungkan cincin ke jariku.Kemudian aku mayalam tangannya dan dia mencium dahiku.Sebaik ku mendongak untuk melihat wajahnya aku terkejut melihat gerangan yang menjadi suamiku.Bukan Muhammad Amirul Hakim tetapi Muhammad Khairul Azam.Namun aku gembira kerana akhirnya aku menjadi milik Azam,orang yang selalu ku ingat.Kini aku sedar yang aku telah jatuh cinta dengannya sejak aku mendengar dia mengaji suatu ketika dahulu.Aku hanya tersenyum memandangnya begitu juga dengannya.
#####
"Boleh tak abang explain satu-persatu dekat Aira,macam mana benda ni boleh berlaku.Aira masih tak faham dan confused."
"Okay abang akan terangkan semuanya.Sebenarnya abang dengan Akim tu saudara.Kitorang memang rapat.Sebelum abang berangkat ke Australia,abang beritahu Akim tentang perasaan Aira terhadap dia.Disebabkan itu abang tak pernah contact Aira selama abang belajar disana kerana abang menyayangi Aira lebih daripada kawan.Bila Akim menyuarakan hasrat untuk menyunting Aira menjadi isternya,abang sokong keputusannya walaupun abang terpaksa memendam rasa."
"Tapi macam mana Akim tahu tentang perasaan kita berdua?"
"Akim dapat tahu bila Aira tercicir gambar abang yang tertulis di belakangnya 'I LOVE YOU' dalam kereta Akim.Akim jumpa abang dan menanyakan perasaan abang terhadap Aira.Bila Akim dah tahu yang kita saling mencintai,dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menggantikan dirinya dengan abang."
"Aira harap Akim dapat jodoh yang lebih baik daripada Aira.Abang,Aira berterima kasih sangat kerana abang mencintai Aira."
"Sama-sama sayang.Abang bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah menganugerahkan sayang dalam hidup abang.Semoga hubungan kita kekal ke anak cucu."
Benarlah kata orang jika ada jodoh larilah sejauh mana,halanglah sekuat mana,pasti akhirnya akan bertemu dan bersama jua.
p/s:Akhirnya siap juga cerpen ini....:)
"Hai Aira.Kenapa termenung je saya tengok awak."sapa Azam.
"Hai Azam.Tak adalah saya tengah tunggu bas untuk pulang ke rumah."balas Aira.'Ish nape pulak mamat ni tegur aku,dia nak cakap pasal hari tu ke?sungut Aira dalam hati.
"Ni milik awak kan Aira?"sambil mengunjuk gambar Akim ke Aira.
Aira terkejut lalu berkata "A'ah ini milik saya.Terima kasih sebab pulangkan balik.Okeh lah saya minta diri dulu.".Aira mengambil gambar tersebut lalu beredar dari situ.Namun dia terpaksa berpatah balik kerana dia terlupa mengambil beg pakaiannya.Azam yang sedar akan keadaan itu hanya menahan ketawa.
"Kemana awak nak pergi Aira cepat je sampai tertinggal beg ni?
"Saya nak pergi tandas tadi haha."kata Aira yang ingin menutup malu.
"Bukan tandas arah kiri ke tapi awak pergi ke arah kanan.Nampak sangat awak nak mengelak dari saya."
"Haha sorry lah sebab mengelak dari awak.Emm awak tak balik lagi ke?"
"Saya tengah tunggu mak dan abah saya datang jemput.Awak pulak?"
"Ooo saya naik bas je swbab ibu dan ayah saya di Sabah sepangang cuti ni."
"Jadi awak tinggal sorang-sorang jela dekat rumah ye?"
"Yup begitulah nampaknya."
"Apa kata awak ikut saya balik ke kampung sekurang-kurangnya ada juga kawan nak berborak."
"Eh,tak menyusahkan awak ke.Emm macamana ye?"
"Tak menyusahkan pun.Jomlah mak dan abah saya pun dah sampai."
"Okeh lah saya ikut.Jomlah"Aira ikut Azam balik ke kampung.
Semenjak dari hari itu Aira dan Azam semakin rapat.Setiap kali Aira ada masalah Azam pasti akan menolong Aira.Namun hubungan mereka terputus setelah Azam melanjutkan pelajaran ke luar negara.
p/s:akan ad sambung nya lagi tunggu ye.....
Aira tergamam dengan pengakuan Akim.
"Maaf Akim saya tak boleh terima cinta awak.Saya belum bersedia untuk mencintai sesiapa selain Allah dan ibu ayah saya.Biarlah Allah menentukan segala-galanya.Jika benar kita ada jodoh dan saya memeang tercipta daripada tulang rusuk awak insyaallah kita akan bersama.Selamat tinggal Akim.Assalamualaikum."kata Aira.
Lalu Aira pergi meninggalkan Akim yang tergamam di situ.
#####
Sebulan kemudian...
"Weyh korang tau tak Bella dah ada pakwe,baru diorang kapel."kata Ima.
"Yeke siapa pakwe dia nak jugak kami tau."sampuk Ina.
"Nama pakwe dia Akim budak kelas 3SN.Hensem tau dia tu hehe."balas Ima.
Aira yang mendengar berita itu terkejut dan sedih.Tidak dia menyangka begitu cepat Akim berubah hati.Tipulah jika dia kata dia tidak menyayangi Akim tetapi dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada PMR yang semakin hampir.
#####
Aira telah berpindah ke sekolah berasrama penuh kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.Dia sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan lamanya tapi itu adalah keputusan yang terbaik untuknya demi mengejar cita-citanya menjadi doktor serta untuk melupakan perasaannya kepada Akim.Dua bulan telah berlalu dan pada suatu petang Aira mendapat panggilan daripada Bella.
"Hello Aira ni aku Bella."
"Ya Bella ada apa call aku ada masalah ke?"
"A'ah aku ada masalah tapi aku tak tau nak cerita dekat siapa."
"Kenapa ni macam serius je ceritala kat aku."
"Aku ada masalah dengan Akim.Dia macam dah tak sayang dekat aku.Aku sedih sangat-sangat.Aku sayang dekat dia.Aku tak sanggup kehilangan dia."tangis Bella.
"Sabarlah Bella,banyakkan solat minta petunjuk darinya.Insyaallah jika jodoh kau dengan dia pasti korang bersama okay."nasihat Aira.
"Terima kasih Aira sebab sudi dengar cerita aku"
"Sama-sama."
Aira berasa sedih kerasa rasa sayangnya terhadap Akim masih ada.Dia keluar dari dewan belajar dan menangis di koridor surau sambil menatap gambar Akim.Tidak lama kemudian,dia mendengar suara lelaki sedang mengaji.Dia mencari arah suara tersebut dan melihat siapakah yang mengaji itu.Rupanya Azam,ketua pelajar sekolah ini.Segera perasaan sedih yang bertandang di hatinya tadi hilang.Selesai mengaji,Azam ternampak Aira di depan pintu surau walaupun agak tersorok kedudukannya lalu cuba menyapa Aira.Namun bila sampai di sana Aira tiada tapi terdapat sekeping gambar di situ.Mungkin ditinggalkan oleh Aira.Azam terkejut bila melihat gambar Akim.
"Apa kaitan Aira dengan Akim?"getu Azam
#####
P/S:Akan ada kesinambugan cerita ini.Ini adalah cerpen pertama saya harap dapat diterima oleh awk semua.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
