Aira tergamam dengan pengakuan Akim.
"Maaf Akim saya tak boleh terima cinta awak.Saya belum bersedia untuk mencintai sesiapa selain Allah dan ibu ayah saya.Biarlah Allah menentukan segala-galanya.Jika benar kita ada jodoh dan saya memeang tercipta daripada tulang rusuk awak insyaallah kita akan bersama.Selamat tinggal Akim.Assalamualaikum."kata Aira.
Lalu Aira pergi meninggalkan Akim yang tergamam di situ.
#####
Sebulan kemudian...
"Weyh korang tau tak Bella dah ada pakwe,baru diorang kapel."kata Ima.
"Yeke siapa pakwe dia nak jugak kami tau."sampuk Ina.
"Nama pakwe dia Akim budak kelas 3SN.Hensem tau dia tu hehe."balas Ima.
Aira yang mendengar berita itu terkejut dan sedih.Tidak dia menyangka begitu cepat Akim berubah hati.Tipulah jika dia kata dia tidak menyayangi Akim tetapi dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada PMR yang semakin hampir.
#####
Aira telah berpindah ke sekolah berasrama penuh kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.Dia sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan lamanya tapi itu adalah keputusan yang terbaik untuknya demi mengejar cita-citanya menjadi doktor serta untuk melupakan perasaannya kepada Akim.Dua bulan telah berlalu dan pada suatu petang Aira mendapat panggilan daripada Bella.
"Hello Aira ni aku Bella."
"Ya Bella ada apa call aku ada masalah ke?"
"A'ah aku ada masalah tapi aku tak tau nak cerita dekat siapa."
"Kenapa ni macam serius je ceritala kat aku."
"Aku ada masalah dengan Akim.Dia macam dah tak sayang dekat aku.Aku sedih sangat-sangat.Aku sayang dekat dia.Aku tak sanggup kehilangan dia."tangis Bella.
"Sabarlah Bella,banyakkan solat minta petunjuk darinya.Insyaallah jika jodoh kau dengan dia pasti korang bersama okay."nasihat Aira.
"Terima kasih Aira sebab sudi dengar cerita aku"
"Sama-sama."
Aira berasa sedih kerasa rasa sayangnya terhadap Akim masih ada.Dia keluar dari dewan belajar dan menangis di koridor surau sambil menatap gambar Akim.Tidak lama kemudian,dia mendengar suara lelaki sedang mengaji.Dia mencari arah suara tersebut dan melihat siapakah yang mengaji itu.Rupanya Azam,ketua pelajar sekolah ini.Segera perasaan sedih yang bertandang di hatinya tadi hilang.Selesai mengaji,Azam ternampak Aira di depan pintu surau walaupun agak tersorok kedudukannya lalu cuba menyapa Aira.Namun bila sampai di sana Aira tiada tapi terdapat sekeping gambar di situ.Mungkin ditinggalkan oleh Aira.Azam terkejut bila melihat gambar Akim.
"Apa kaitan Aira dengan Akim?"getu Azam
#####
P/S:Akan ada kesinambugan cerita ini.Ini adalah cerpen pertama saya harap dapat diterima oleh awk semua.
